Nuffnang

Tuesday, April 8, 2014

Perghh : Jawapan sempoi Dari Profesor Yang Di Dakwa Meraba. Pelajarnya


Kuala Lumpur – Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa 

mencabul dengan meraba buah dada seorang pelajarnya, pensyarah yang
juga pakar motivasi terkenal, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi 
di laman Facebook miliknya.

Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari peminat serta pengikutnya 

di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara 
langsung terhadap dakwaan yang mengaibkan itu.

Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau

 Perlis itu sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi:
 “Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu 
berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”

Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang 

kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.

Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-

pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang 
dilemparkan terhadapnya adalah benar atau sebaliknya.

“Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes 

budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang,” tanya seorang 
pemilik akaun Facebook bernama Mohd Syafiq.

Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain 

yang mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya
yang meminta semua pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau
difitnah.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang 

pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul 
kehormatan pelajarnya.

Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan 

yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadan 
mengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada 
di pejabat lelaki berkenaan.
klik untuk lebih jelas

Dalam laporannya, Nurul Shuhada mendakwa pensyarah Matematiknya, 

Prof Izzi melakukan perbuatan tidak senonoh itu di dalam pejabatnya.

Beberapa pemilik akaun Facebook meminta Prof Izzi tampil membersihkan 

namanya memandangkan beliau mempunyai pengikut yang ramai.

“Kalau tak salah kenapa diam, bagilah penjelasan. Budak perempuan itu

 takkan nak malukan diri dan jatuhkan maruah sendiri dengan buat laporan 
semata-mata nak jatuhkan maruah profesor,” kata Basyari Fiqri.

Mohd. Syahir pula meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat 

kesimpulan sendiri dan menanti penjelasan daripada Prof Izzi sendiri
 manakala Mohd. Nazri pula berharap supaya pakar motivasi berkenaan 
sabar dengan dugaan. -malayazoom 

3 comments:

XUMNO said...

Macam ada unsur ugutan bunyinya. Nak pakai Raja Bomoh ke? Muka tak malu, haram jadah menggunakan kedudukan melakukan maksiat.Pelajar2 tidak akan sesakali buat laporan polis kecuali setelah tidak tahan lagi diperlakukan tak senonoh oleh penyarahnya.Bagaimana pula rasa mangkuk ni kalau bini atau anak perempuan dia diraba dan diperlakukan seperti itu.

Anonymous said...

bukan Jawap pun, makin tertanya2 adelah.
Mmemang ramai yg ambil peluang kat student...sebab depa tau student tu xbrani...takut fail.

Anonymous said...

Lagi berita pasal pensyarah yang kedemaman. Musim-musim sejuk begini nampaknya membuatkan "kepala" pensyarah banyak pening. Adakah ini namanya teori domino kepala pensyarah kepeningan.

Seorang pensyarah swasta di ibu kota Kuala Lumpur dilaporkan menyerang dan merogol pelajarnya sendiri.

Mengikut laporan, lelaki berusia 40 tahun itu telah memanggil pelajar perempuan berusia 21 tahun itu ke pejabatnya untuk berbincang berkaitan kerja projek kursus (sebenarnya dia nak buat projek).

Setelah berada di bilik, pensyarah tersebut mengajak pelajar tersebut berdating tetapi ditolak. Namun pensyarah tersebut mengugut untuk mengagalkan pelajar tersebut.

Kerana takut digagalkan, pelajar tersebut bersetuju untuk bersarapan pagi dengan pensyarah tersebut. Namun sebaik memasuki kereta, pensyarah tersebut telah mencekik leher pelajar itu dan meramas payudara dan merampas telefon bimbitnya.

Pensyarah tersebut terus memandu dengan "laju dan rakus" menuju rumahnya di Sentul di mana pelajar ini diikat, dibogelkan dan dirogol. Bukan setakat dirogol, pelajar tersebut juga dipaksa untuk menelan air mani pensyarah tersebut.

Setelah itu, pelajar tersebut ditinggalkan di stesen LRT dan kejadian itu dilaporkan di Balai Polis Sentul.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung