Nuffnang

Wednesday, May 21, 2014

Dahsyat, !!! Wanita dakwa dicabul anggota polis trafik


Wanita dakwa dicabul anggota polis trafik

GambarHiasan
PETALING JAYA- Seorang wanita berusia 24 tahun mendakwa telah dicabul tiga anggota polis trafik setelah ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk
Seperti yang dilaporkan FreeMalaysianToday , wanita yang bekerja di pusat kecergasan itu telah membuat satu laporan polis terhadap tiga anggota berkenaan di Balai Pudu.
Beliau mengaku memandu dalam keadaan mabuk ketika ditahan pada pukul 4 pagi, 17 Mei di Jalan Tun Razak berdekatan Kedutaan Amerika Syarikat.
“Tiga orang polis mengelilingi saya dan salah seorang mengatakan saya memiliki buah dada yang besar,” katanya dalam laporan yang dibuat.
“Salah seorang daripada mereka berdiri di hadapan saya. Beliau kemudian memasukkan tangannya ke dalam baju sambil meramas payudara saya.”
Beliau kemudian mendakwa ‘ditawarkan’ penyelesaian untuk merahsiakan insiden tersebut daripada keluarganya.
“Selepas itu saya di bawa ke dalam Pajero dan diarahkan tunggu sehingga 45 minit sehingga rakan saya tiba untuk membuat ‘rundingan’.
Beliau mendakwa polis berkenaan telah menerima rasuah RM100 bagi melepaskannya.
OCPD Cheras, Mohan Singh Tara Singh bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk pengesahan
EmailGoogle+FacebookTwittertumblrRedditStumbleUponbufferDigg

Comments

0 comments

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung