Nuffnang

Monday, June 9, 2014

Akhirnya pengacara dan juga pelakon terkenal Jimmy Shanley dan Mariam Jamilah Abdul Jalil sah menjadi Suami Isteri








Oleh RotiKaya Staff pada 

Setelah hampir 2 tahun menjalani kehidupan sebagai duda, akhirnya pengacara dan juga pelakon terkenal Jimmy Shanley dan Mariam Jamilah Abdul Jalil sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz yang berwalikan bapa kepada Mariam, iaitu Tuan Haji Abdul Jalil dengan mas kahwin berjumlah RM 1,000.

Manakala wang hantaran berjumlah RM 15,000. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Tuan Haji Nurul Hisham yang bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam Selangor 6.20 petang. Turut hadir adalah ahli keluarga dan sahabat handai terdekat termasuk di kalangan artis dan selebriti tanah air.

Pihak lelaki membawa 5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak perempuan. Barang-barang hantaran seperti jam tangan G-Shock dan tali pinggang Louis Vuitton, wangian Armani Mania, sepasang kasut Louis Vuitton, jubah, set kemeja Dolce & Gabana dan sirih junjung. 

Kami mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah buat pasangan mempelai ini & mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan buat Jimmy Shanley dan Mariam Jamilah serta keluarga. Cantik anda berdua hari ini. Heh. (rtky/hfz)

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung