Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Sunday, June 15, 2014

Dahsyat!!! Lagi Cerita Budak Nyaris Di Culik Dihadapan Rumah..Hati HatI ye..


Ampang: Tindakan berani seorang pelajar tahun lima menarik tangan adik perempuan dan sepupu lelakinya berjaya mematahkan cubaan culik menggunakan sebuah van putih di depan rumah didiami di Kampung Melayu Ampang Tambahan di sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan sepupu lelakinya berusia sembilan tahun cuba dilarikan sekumpulan tiga penjenayah ketika mangsa sedang bermain badminton di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun abang kepada kanak-kanak perempuan itu yang berusia 11 tahun bertindak nekad menarik tangan kedua-dua mangsa sebelum suspek kelam-kabut melarikan diri.

Bapa salah seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Akmal, 28, berkata, dia tersentak sejurus menerima panggilan telefon dari isterinya yang memaklumkan kejadian cubaan culik itu.
Foto
LAKONAN semula bagaimana mangsa cuba diculik di hadapan rumah jiran.

“Setibanya di rumah, anak lelaki saya memberitahu bahawa dia dan anak saudara perempuan kami nyaris diculik tiga lelaki yang dilihat menaiki sebuah van.

Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung