Nuffnang

Saturday, June 7, 2014

PERKASA DESAK PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG (RUU) LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH 2014 OLEH KERAJAAN JOHOR DI TANGGUHKAN.


PERKASA DESAK PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG (RUU) LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH 2014 OLEH KERAJAAN JOHOR DI TANGGUHKAN.



Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) Johor merayu agar pihak kerajaan negeri Johor menangguhkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Perumahan dan Hartanah 2014 sehingga mendapat maklum balas rakyat. Omakaku

Yang di-Pertua Perkasa Johor, Samat Atan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, meskipun kedaulatan institusi beraja merupakan keutamaan Perkasa, pertubuhan itu khuatir kerajaan negeri dieksploitasi pihak-pihak tertentu dalam hal itu.

"Kajian yang teliti dengan mendapat maklum balas rakyat perlu dibuat terlebih dahulu.

"Ini bagi menjamin pindaan yang dibuat mendapat sokongan majoriti rakyat dan bukan sebaliknya," katanya, dalam kenyataan tersebut.

Suasana politik Johor juga katanya tidak lagi seperti dahulu dan beliau meminta kerajaan berhati-hati dalam perkara itu.

"Manakala, kerajaan negeri dalam suasana sekarang yang mudah keliru dan dieksploitasi oleh pihak yang ingin mencari faedah politik pastinya akan mengeruhkan lagi suasana yang boleh menjejaskan kewibawaan pemimpin dan kerajaan negeri.

"Sikap berhati-hati, teliti, dan banyak istiqamah akan membawa kebaikan dan ketenangan pada rakyat jelata. Ampun Tuanku," katanya.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun menegaskan semalam penglibatan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang akan ditubuhkan kerajaan negeri bukan menjadi satu isu kerana kuasa eksekutif masih dipegang menteri besar.

Khaled berkata menteri besar adalah pengerusi secara automatik dan apa-apa tindakan Sultan Johor adalah atas nasihat menteri besar.

"Apapun keputusan yang dibuat mengenai pentadbiran negeri ini masih dibuat oleh saya kerana kuasa eksekutif adalah di bawah menteri besar.

"Menteri besar akan menjadi Pengerusi Lembaga manakala Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai timbalan," katanya.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan Johor akan membentangkan satu rang undang-undang baru di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Isnin ini untuk membentuk satu lembaga perumahan dan hartanah yang memberi kuasa meluas kepada sultan tentang isu perumahan.

Perkara itu merupakan enakmen pertama seumpamanya yang akan dibentangkan dengan Sultan Johor diberi kuasa untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubarkan lembaga berkenaan.

Menurut beliau, penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor adalah sama seperti penubuhan Johor Corporation (JCorp) yang secara automatik peranan pengerusi dipegang oleh menteri besar.

Katanya, usaha untuk menubuhkan lembaga itu juga bukan sesuatu yang baru kerana sebelum ini, pendekatan yang sama digunakan untuk menubuhkan JCorp atau yang sebelum itu dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ).

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung