Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Saturday, August 16, 2014

Mati Dalam Kereta..Disangka Tidur.


Juru: Dua lelaki berusia 30-an ditemui mati di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru (arah selatan), malam tadi.
Difahamkan, kejadian disedari orang awam kira-kira jam 7.30 malam selepas melihat kedua-dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan enjin kenderaan itu masih hidup sebelum memaklumkan kepada pekerja stesen minyak berkenaan. Pekerja stesen minyak berkenaan yang pada mulanya menyangka kedua-dua lelaki itu tidur cuba mengejutkan mereka dan menghubungi polis selepas kedua-duanya tidak memberikan reaksi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kedua-dua lelaki itu ditemui mati di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.
Foto
ANGGOTA forensik memeriksa kereta mangsa selepas dimaklumkan orang awam mendapati dua orang lelaki melayu dan cina berumur 30 an tidak sedarkan diri sejak pukul 7.30 malam tadi. FOTO Amir Irsyad Omar

"Berdasarkan siasatan awal tiada unsur jenayah ditemui dan kes mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat lelaki yang berasal dari Kedah dan Melaka itu di bawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung