Nuffnang

Friday, August 15, 2014

PAS Beri 24 jam tarik balik sokongan

  • Mohd Khairuddin OthmanMohd Khairuddin Othman
 1 / 1 
SHAH ALAM - Pas Selangor memberi tempoh 24 jam kepada dua Adun Pas yang bertindak
membelakangi pendirian parti untuk menarik balik sokongan yang dizahirkan kepada Presiden
PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai  Menteri Besar Selangor.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, Pas Selangor memandang serius tindakan
Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin kerana mengambil pendirian dan sikap bersendiri tanpa
menurut tatacara dan arahan yang ditetapkan parti.

“Tindakan mereka belakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak.

“Pas Selangor beri tempoh 24 jam untuk mereka menarik balik pendirian dan tindakan
yang dibuat atau menghadapi konsekuensi,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurut Mohd Khairuddin, Pas mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan Majlis
Syura Ulama yang harus dipatuhi.                   
        
“Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan? Bukankah
Pas Pusat akan bermesyuarat pada 17 Ogos ini? Kita akan patuh apa jua keputusan dan
ketetapan yang akan dibuat Pas Pusat.

“Saya nasihati kedua Adun ini menarik balik tindakan atau Pas Selangor akan mulakan
 tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan
sewaktu menjadi calon,” katanya.

Katanya, arahan dari Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad adalah tertumpu
 kepada pentadbiran kerajaan negeri sebagaimana yang diarahkan oleh parti.

11 comments:

Anonymous said...

yang MB dia sokong tu bukan ingkar arahan parti ke.... apa kejadahnya pas ni....cakap tu biar la ukur sikit hakikat camana

Anonymous said...

Kan ke bangang namanya, MP pas sokong Khalid kidex tak apa, tapi tak boleh sokong WA. Lu orang pas keluar pakatan lagi bagus la....tengok PRU14 agak-agak berapa kerusi yang korang boleh menang? Takut tinggal papan tanda aje kot. Rakyat sedang memerhatikan cara korang orang pas ooooi. Dah naik meluat dengan cara pas ni

Ridd said...

Kawan cadang kan 17hb PAS bersidang sama ada bersama PR ( rasa tak perlu kot) atau terus kan visi damisi bersama UG. Kalau benar PAS sayangkan pakatan rakyat, kenapa tidak bertindak sedari awal. Kepimpinan PAS mengambil alih jawatan MB dari khalid, Sehingga masalah PKR selesai. Kawan rasa tidak ada bantahan dari mana2 pihak di dalam Pakatan.

Tak perlu sembang bagi tahu rakyat tukar MB tidak sama seperti tukar ketua kampung. Pas terlalu banyak berdalih, apa yang pasti pengundi2 di Selangor dapat melihat tingkah laku dan cara PAS menangani masalah. Jikalau Tuanku tidak mahu Wan Azizah, Pas bertindak mengambil jawatan tersebut. Antara PKR suka atau tidak. Perkara tersebut boleh dibincangkan kemudian. Kenapa harus tunduk pada seorang yg berstatus orang luar sedang kan PAS mempunyai 15 pejuang yg dipilih rakyat. Adakah 15 yb ini tidak bergunak dari kaca mata pimpinan PAS.

Kuat berdalih dan belit.

Pengundi2 PR di Selangor sudah tidak percayakan PAS. Keluar saja lah. Kalau adun Selangor ingin dibubarkan pun takpa. Kerana ini semua DOA dari kamu "Suara Rakyat Suara Keramat". Bagi kawan piliharaya sekali lagi pun takpa yg membazirkan duit rakyat bukan PR tapi Khalid dan Parti Pas.

Bosan dgn gelagat mereka yang berselindung di sebalik intelektual kopiah. Belit

bat8 said...

Senario 1 - 2 Adun ini membuat keputusan menyokong DSWA sebelum PAS bermesyuarat pada 17 ogos. Kedua Adun juga ingkar keputusan Majlis Syura PAS.

Senario 2 - Haji Hadi membuat k3nyataan berlawanan dengan k3putusan Majlis Presiden Pakatan SEBELUM MESYUARAT PAS DAN SEBELUM MAJLIS SYURA PAS BUAT KETETAPAN?

Kedua Adun dan Presiden PAS tak tunggu mesyuarat PAS 17 Ogos.

Adun-adun ingkar arahan MSU

TGHH langsung tak tunggu dan langgar peraturan penting dalam PAS iaitu apa-apa yang besar kena tunggu keputusan MSU dulu. Ini kes langsung tak menghormati peraturan parti dan merendahkan martabat kedudukan MSU dalam organasasi PAS sedang TGHH adalah Presiden PAS. INI LAGI KES BERAT.....

Apa pasal kedua-dua ADUN kena mengadap.lembaga disiplin, sedangkan TGHH tak? PAS sudah amal sistem kasta macam MIC dan masyarakat india kat b3nua India ke?

Kesalahan-kesalahan mereka adalah sama, sepatut ketiga-tiga orang ini kena mengadap lembaga disiplin la.

Makin haru biru PAS.hari ni

Anonymous said...

SELAMAT TINGGAL PAS PARTI AHLI SYORGA (KONON) TAK PAYAHLAH IKUT PILIHAN RAYA...BAIK HATI LAGI BAGUS....GILA DUNIA JUGA PAS INI....

Anonymous said...

Jangan anggap kami boleh dipujuk semula selepas ini...kami celik politik bukan buta seperti PAS

Anonymous said...

24 jam mana cukup kalau mengikut kadar pemikiran pemimpin Pas yg amat lembab........tangguhlah 2,3 kali lagi.....pecat adun bukan serupa pecat penghulu kampong. Ini memerlukan pembukaan kitab tersyohor dan harus teliti. Bila nko silap di pangkal, tak usah lah nak betul kan dihujung......ngaku sajalah lebih mulia, itu pun kalau ikhlas.....kalau tidak jadi munapiklah nko.

lan44646 said...

Dlm Islam ada ugut mengugut ke,
Kalu tak de , ape kes parti Islam ni /
Nyanyuk ke,
Muhasabah le

Anonymous said...

Teliti respons Penganalisis Politik Prof Dr. Agus mengenai penangguhan mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini:

"PKR telah mendapat sokongan majoriti, maka mesyuarat PAS pada 17 Ogos nanti sudah tidak relevan lagi dalam menentukan siapa dan parti mana yang mendapat sokongan majoriti di Dewan.

"Yang relevannya mesyuarat PAS pada 17 Ogos nanti ialah untuk menentukan pendiriannya sama ada mahu terus kekal dalam PR atau bergabung dengan BN atau bersendirian dalam politik negara."

lan44646 said...

Pemimpin tertinggi pas masa ini tak le
segah mana pun cuma Rakyat majoriti
Pilih alternative lain utk politic alaf baru,bukan pasal pemimpin.

Anonymous said...

berat 66 pas macam haji hadi jugok ni.....pas dah karut nii

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung