Nuffnang

Sunday, August 17, 2014

PAS sudah Buat Keputusan Nya..PAS cadangkan Wan AZizah Dan Azmin Ganti Khalid


  • Pas cadang Azizah atau Azmin ganti Khalid
 1 / 1 

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Pas Pusat mengumumkan bersetuju untuk mengangkat dua nama dari PKR bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata keputusan itu dicapai sebulat suara melalui Mesyuarat Khas Jawatankuasa Peringkat Pusat yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jam 10.10 pagi, hari ini.

"Nama yang dicadangkan oleh Pas ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad menegaskan, empat Exco Selangor yang masih berkhidmat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan terus kekal menyandang jawatan masing-masing.

Sementara itu, ketika ditanya sebab menolak Abdul Khalid terus meneraju kerusi nombor satu itu, Mohamad hanya menjawab, "...dia sudah bukan ahli PKR. Kami pegang pada tahaluf siyasi."

Sinar Harian Online difahamkan, kedua-dua nama tersebut bakal ditentukan untuk jawatan menteri besar itu dalam mesyuarat  PR, petang ini.

Sebelum ini, melalui Majlis Syura Pas memilih untuk mengekalkan Abdul Khalid.

1 comment:

Anonymous said...

harap pkr tak ketegaq lagi..hantar 2 nama tu kat baginda dan biar baginda yg pilih..sapa yg dipilih selepas mesti kembalikan kepercayaan rakyat kpd pr. buang sifat ego dan sombong. lantik yg jujur dan amanah tak kira dari kem mana..asalkan bukan dari geng ug dan beraliran biru karat..

kukuhkan kembali jemaah dan letakkan harapan rakyat dihadapan..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung