Nuffnang

Tuesday, August 12, 2014

Polis Menjumpai Mayat Siap Berbalut Dengan Kain Kafan. Di Bukit Mertajam




Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada pukul 7 pagi.

"Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kecederaan pada badan mangsa dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati di tempat lain sebelum ditinggalkan di tepi jalan itu," katanya.

Beliau berkata tiada sebarang dokumen ditemui pada mayat itu dan polis percaya lelaki itu adalah rakyat asing. Mayat itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Rahim meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Beliau berkata polis memandang serius kejadian mayat rakyat asing ditinggal di tepi jalan yang kerap dilapor di sekitar Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

"Berdasarkan statistik polis, dari Januari hingga Julai tahun ini sahaja, sebanyak lapan kes seumpama itu berlaku di SPT dan kesemuanya adalah warga asing," katanya. – Bernama, 11 Ogos, 2014

3 comments:

Anonymous said...

Tak kan POLIS tak faham .yg dh berbungkus tu semua nye PENDATANG HARAM.malaysia nikan negara yg bersifat LEMBUT DAN SIMPATI.BAWAK MASUK RAMAI2 HARAMJADAH NI.KLU MATI PUN SENANG ORG MALAYSIA BLH URUSKAN

Putra IJ80 said...

Betul lh nak dpt kubur pun susah coz smua utk ahli qariah for sure kalau jumpa Imam (jika jenazah itu Islam) Imam itu dgn keras menolak..dgn 1001alasan..dia akn lupa ayyat mudah dlm Alquran "Inamalmukmininnaikhean" semua ayat Alquraan di lipakan janji kuasa dia x siapa bolh halang..kah kah kah

Putra IJ80 said...
This comment has been removed by the author.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung