Nuffnang

Tuesday, October 14, 2014

KES BUNUH ... MAHKAMAH RAYUAN MEMERINTAHKAN ANAK DATUK MEMBELA DIRI.

KES BUNUH ... MAHKAMAH RAYUAN MEMERINTAHKAN ANAK DATUK MEMBELA DIRI.



PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang ahli perniagaan membela diri terhadap tuduhan membunuh eksekutif pemasaran, Chee Gaik Yap yang mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel di kawasan perumahan elit Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah, lapan tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Linton Albert yang bersidang bersama Datuk Wira Mohtarudin Baki dan Datuk Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Kuorum itu sebulat suara berpuas hati bahawa wujud kes prima facie terhadap Shahril Jaafar, 33, yang memerlukannya membela diri terhadap tuduhan membunuh.

Shahril yang merupakan anak seorang kenamaan bergelar Datuk didakwa membunuh Gaik Yap di kawasan kelab tersebut antara pukul 5.30 petang, 14 Januari 2006 dan pukul 3.05 pagi, keesokannya

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung