Nuffnang

Thursday, October 9, 2014

Kisah Tragis 2 lelaki berkopiah memperkosa bakal pengantin di dalam pacuan 4 roda
















Kuantan: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga menempuh detik 
cemas apabila dilarikan dua lelaki berkopiah sebelum dipercayai dirogol di dalam 
sebuah kenderaan pacuan empat roda, di Jaya Gading, di sini, kelmarin.



Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 21 tahun dibawa lari 
dua lelaki tidak dikenali terbabit ketika sedang berbual dengan tunangnya di taman 
permainan di Sungai Isap Jaya, di sini, dengan menaiki kenderaan berkenaan.



Difahamkan, sebelum kejadian seorang daripada suspek keluar dari kenderaan 
dinaiki mereka lalu memegang tangan dan memaksa gadis itu masuk ke dalam
 kenderaan menyebabkan mangsa menjerit meminta bantuan.Pada masa sama,
tunang mangsa berusia lingkungan 20 tahun cuba menghalang namun gagal apabila
 suspek bertindak agresif dengan menolak lelaki itu sebelum suspek membawa lari
 mangsa dengan menaiki kenderaan berkenaan.



Harian Metro difahamkan, kali terakhir mangsa menghubungi ahli keluarganya 
menggunakan telefon bimbit ketika menghala ke Jaya Gading, di sini, sebelum 
suspek merampas telefon miliknya dan memutuskan talian.



Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi, 
di sini, semalam, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian mangsa 
dibawa lari dua lelaki menaiki sebuah pacuan empat roda berwarna putih.



“Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan menangis serta tidak terurus di Jaya 
Gading, di sini, sebelum dibawa ke Balai Polis Jaya Gading untuk siasatan lanjut 
berhubung kejadian itu, awal pagi semalam, kira-kira tujuh jam selepas kejadian,” 
katanya.



Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui kenderaan pacuan
empat roda yang dinaiki suspek milik seorang kontraktor dilaporkan hilang pada bulan lalu

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung