Dari siasatan oleh pasukan gerak khas didapati Lavender Mummy sudah menyelinap masuk ke dalam komuniti Denaihati sejak akhir tahun 2012 menggunakan nama lain iaitu Cheezemaz. Beliau menggunakan segala kepakaran mencari pengaruh tanpa sesiapa sedari sehingga berjaya menang hadiah
iPhone 5 bersama Akma Omar, Cikgu Naman, Sharidawati dan Eyriqazz. Sangat menjaga kerahsian sehingga berjaya memberi berbagai alasan untuk tidak hadir di majlis SBB2013 untuk penyerahan hadian iPhone 5. Beliau juga memberi berbagai alasan apabila diminta untuk datang ke pejabat untuk mengambil iPhone 5 yang akhirnya dikirimkan secara pos.
Perangkap yang dipasang oleh Cheezemaz akhirnya berjaya memerangkap rakan-rakan dalam komuniti Denaihati apabila ramai yang terpedaya dengan pelaburan Cheeze Maz yang menawarkan pulangan sehingga 150%. Khabarnya ada yang ikut serta pelaburan Cheeze Maz dengan melabur sehingga berpuluh ribu ringgit. Cheeze Maz memang cekap memancing pelabur dengan memberi pulangan pertama kemudian lesap hilang tanpa dapat dikesan. Kisahnya boleh dibaca di entri “
Penipuan Cheeze Maz“.
No comments:
Post a Comment