• Gambar yang tersebar di laman sosial.Gambar yang tersebar di laman sosial.
 1 / 1 
[FAKTA] PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) semalam, menjelaskan beberapa keping gambar yang disebarkan dalam media sosial menggambarkan belakang akhir gandar sebuah proton Alza terpisah daripada bingkai.

Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amnar Rashid Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.

"Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Aminar Rashid berkata, komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel," katanya.

[AUTA] BEBERAPA keping gambar tersebar di laman sosial menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berwaspada. Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)...sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya pada kualiti kereta anda.