Selfie terakhir sehari sebelum hari raya korban
Baca kisah mereka di sini ..
Maaf atas teguran. Kawan kakak saya salah seorang kenalan kepada si pemandu. Baiklah diSedekahkan Al Fatihah dari menghukum mereka kerana selfie itulah yg membawa maut mereka. Jangan mudah Menjatuh Hukum. Sudah Allah takdirkan ajal maut caturan hidup mereka dan juga kita. Tak perlu utk kata macam tu. Kita tak berada di tempat kejadian. Kita tak Kena kita tak Rasa. Mohon jangan kita mudah menjatuh hukum pada mereka. Bimbang bakal mengundang Fitnah. Andainya Maut dan Malang itu boleh dihidu baunya ~ nescaya mereka tak lalu jalan tu. Allah sudah menetapkan Qada' dan Qadarnya. Saya mohon maaf andai terkasar bahasa. Mohon fahami isi hati keluarga dan mangsa. Andainya terjadi pada kita dan kita dikata dijatuh hukum sebegini rupa. Apa yg kita rasa. Fahamilah perasaan mereka juga. Mohon maaf andai ada keterlanjuran kata dari saya. Sama samalh sedekahkan Al Fatihah kepada arwah. Moga Allah tempatkan mereka di kalangan golongan Beriman dan dicucuri Rahmat ke atas Roh mereka. Salam Aidiladha. Moga lebaran ini bersama kita mendapat Barokahnya. Wassalam.
- Mardhiah Mohamad Yusoff
No comments:
Post a Comment