Nuffnang

Monday, November 10, 2014

Perghh JPJ DIARAH BAYAR GANTI RUGI RM76,835 KEPADA PENIAGA .








JPJ DIARAH BAYAR GANTI RUGI RM76,835 KEPADA PENIAGA

JPJ
\

Kuala Lumpur – Seorang peniaga hari ini menang dalam samannya terhadap                       Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung pembelian sebuah kereta curi                         dalam lelongan awam jabatan itu, enam tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rozana Ali Yusoff memerintahkan JPJ membayar                   ganti rugi keseluruhan berjumlah RM76,835 kepada Mohd Iskandar Idris, selaku plaintif.
Dalam penghakimannya, beliau berkata JPJ gagal menguruskan penjualan                           secara tender hingga menyusahkan plaintif.
Iskandar, 32, memfailkan saman terhadap Adenan Md Isa, Penolong Pengarah                          JPJ Selangor, Ketua Pengarah JPJ dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama             hingga ketiga.
Dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan 12 September 2012 menerusi                         Tetuan Hakimi & Partners, Mohd Iskandar berkata pada 31 Oktober 2008 beliau                 membeli sebuah kereta Perodua Kancil pada harga RM1,250 dalam satu lelongan                   awam yang dijalankan JPJ di Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam.
Beliau mendakwa diberitahu oleh JPJ kereta itu adalah sah untuk dimiliki dan hak                  milik boleh ditukar kepada namanya tanpa sebarang masalah.
Namun pada 14 Sept 2009, plaintif ditahan polis atas alasan memiliki kereta curi                      dan digari di khalayak ramai ketika berniaga menjual minuman di sebuah pasar Ramadan.
Beliau kemudiaan dibawa ke Balai Polis Seapark, Petaling Jaya, untuk soal siasat.
Dalam saman itu, Iskandar mendakwa beliau terkejut apabila diberitahu polis kenderaan yang dibeli adalah kenderaan curi walhal beliau membelinya dalam lelongan awam yang dijalankan JPJ.
Beliau dibebaskan dengan jaminan polis setelah polis berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan sebelum kenderaan itu disita.
Iskandar berkata beliau sempat mendapatkan semula kereta itu tetapi ia sudah dileraikan semasa dalam penyimpanan dan perlu dibaiki.
Plaintif menuntut RM12,335 untuk ganti rugi khas, kos, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

2 comments:

fidel castro said...

sepatutunya pegawai berkenaan di kenakan tindakan pemotongangan gaji serta digantung kenaikan disebabkan kecuaian mereka.

Anonymous said...

bugima punya JPJ... dasar makhluk hidop dengan hasel haram..siyal

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung