Nuffnang

Sunday, November 9, 2014

Perghhh !! Selambaje..Azmin Berkata 'Tanya Mahathir siapa Noh' Omar !


  • Azmin Ali Azmin Ali
 1 / 1 

BESTARI JAYA - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali enggan mengulas dakwaan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mendakwanya 'cuba tunjuk pandai' berhubung kemelut fatwa terhadap Sisters in Islam (SIS).

Sebaliknya beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dirujuk untuk mengenali siapa Noh sebenarnya.

“Siapa? Oh.. Dia ada lagi? Saya ingat (patut) tanya Tun Dr Mahathir siapa Noh Omar ini,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Konvokesyen ke-9 Universiti Industri Selangor (Unisel), semalam.

Beliau juga menegaskan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu yang mencadangkan Jabatan Mufti Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bertemu pertubuhan itu untuk mendapatkan penjelasan.

Noh dilaporkan mendakwa Azmin cuba berlagak pandai apabila mencadangkan satu pertemuan diadakan di antara Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan SIS berhubung fatwa sesat oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu.

Sebagai menteri besar, kata Noh, Azmin sepatutnya menasihatkan SIS menarik balik kes itu di mahkamah sebagai jaminan untuk mengaturkan pertemuan dengan Majlis Fatwa Selangor.

Menurut Noh, Azmin seolah-olah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan erti kebebasan beragama di dalam artikel undang-undang kerajaan dan seperti merendah-rendahkan jawatankuasa ulama di Selangor.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung