Nuffnang

Saturday, December 13, 2014

Perghhh !!! Bil Telefon Sampai Setengah Juta Ringgit..


  • Notis yang meminta Yoke Thye menjelaskan bil tertunggak berjumlah RM580,723.Notis yang meminta Yoke Thye menjelaskan bil tertunggak berjumlah RM580,723.
 1 / 2 

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Baru lima bulan melanggan perkhidmatan telefon mudah alih dari sebuah syarikat telekomunikasi, seorang suri rumah  menerima bil tertunggak mencecah lebih setengah juta ringgit.

Itulah nasib Chu Yoke Thye, 43, yang menerima surat daripada syarikat telekomunikasi terbabit, memaklumkan tunggakan bil telefon bimbitnya adalah RM580,723.

Telefon bimbit itu digunakan anak lelakinya yang berusia 8 tahun.

Keadaan itu menyebabkam Yoke Thye, tertekan, menangis dan tidak dapat tidur malam kerana sentiasa memikirkan masalah yang dihadapinya.

Menurut Yoke Thye, dia membeli kad sim daripada kedai telekomunikasi di Jalan Kong Sang, di sini, Julai lalu dengan bayaran permulaan RM50 sebulan.

“Saya beli kad sim ini untuk anak lelaki saya bagi memudahkannya menggunakan Internet. Had penggunaan RM150 sebulan.

“Tapi pada pertengahan Ogos lalu, saya terkejut menerima bil pertama sebanyak RM5,016 sedangkan selama ini pun saya guna telefon mudah alih syarikat lain hanya RM80 sebulan,” katanya.

Tidak puas hati dengan keadaan itu, katanya, dia pergi ke pusat sehenti syarikat komunikasi tersebut untuk mendapat kepastian.

Katanya, pekerja syarikat telekomunikasi di situ pun terkejut dan memberitahu kemungkinan ada perisian tertentu yang tidak ditutup selepas anaknya menggunakannya.

"Kad sim ini saya guna pada tablet pintar anak saya hanya untuk internet untuk dia belajar bahasa Inggeris.

“Bila dia ke sekolah, tablet ini disimpan di rumah. Jadi, macam mana bil boleh tinggi begini? Lagipun, had penggunaan saya RM150 dan jika lebih, biasanya mereka akan hantar mesej atau menyekat penggunaan sehingga bil dijelaskan,” katanya.

Bimbang menerima bil mengejut seperti itu sekali lagi, Yoke Thye meminta taliannya ditamatkan, namun dia diminta menjelaskan keseluruhan bil terlebih dahulu.

Disebabkan tidak mahu menjelaskan bil itu, katanya, dia menyerahkan kad sim tersebut. Bagaimanapun, sekali lagi dia menerima bil kedua sebanyak RM2,608.87 pula.

“Lebih enam kali saya ke syarikat itu membuat aduan dan memberitahu kad sim sudah dipulangkan, tapi saya tetap diminta jelaskan bayaran.

"Awal Oktober lalu, ibu pejabat syarikat telekomunikasi di Shah Alam ada menghubungi meminta saya membuat bayaran menyebabkan saya selalu menangis dan tidak dapat tidur malam,” katanya.

Keresahan Yoke Thye berlarutan dan dia semakin tertekan apabila menerima notis kedua pada 1 Disember lalu yang menyatakan bil tertunggaknya sudah mencecah RM580,723.

Yoke Thye berkata, dia pernah bertanya kepada wakil syarikat telekomunikasi terbabit, sama ada kemungkinan dia menjadi mangsa curi talian, tetapi wakil berkenaan mengatakan ia mustahil berlaku.

Buntu dengan masalah itu, dia kemudian memohon bantuan Pejabat Adun Bukit Kepayang, Cha Kee Chin di sini, semalam.

Sementara itu, Kee Chin berkata, ini merupakan kes pertama berhubung aduan bil telefon tidak munasabah sejak tujuh tahun dia berkhidmat sebagai wakil rakyat.

"Jumlah ini jelas tidak masuk akal. Boleh beli sebuah rumah mewah. Saya syak, ini satu kesilapan dan tidak sepatutnya berlaku.

Saya simpati dengan nasib yang ditanggungnya dan akan menghantar surat kepada pihak berkenaan untuk perkara ini disiasat,” katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung