Nuffnang

Tuesday, January 27, 2015

Isu Kos Pembayaran Pengurusan Jenazah Yang Tersebar Hanyalah Salah Faham



Nibong Tebal: Isu kos pengebumian jenazah seorang lelaki meninggal dunia di Sungai Bakap, petang semalam yang mencecah RM4,735 dan menarik perhatian masyarakat seluruh negara selepas resit pembayaran dikeluarkan masjid jadi viral di media sosial dianggap sebagai salah faham.

Setiausaha masjid berkenaan, Ishak Abu Hassan berkata, ia sebenarnya bayaran untuk dua perkara iaitu menguruskan pengebumian jenazah dan upah bagi pelajar pondok berhampiran untuk membaca al-Quran.

"Sebenarnya kos menguruskan jenzah hanya sekitar RM1,200 namun atas permintaan keluarga, kos itu meningkat.

"Selepas berbincang dengan semua pihak termasuk keluarga arwah isu ini dianggap selesai," katanya.

Ishak berkata, dia dimaklumkan mengenai resit berkenaan yang viral di media sosial sejak semalam namun tidak mengendahkannya kerana sudah dibawa ke pengetahuan keluarga arwah.

"Selepas solat Isyak semalam saya sudah maklum mengenai perkara ini," katanya.

5 comments:

Anonymous said...

Solat jenazah pn kena bayar ke...camtu jemaah solat fardhu kena dpt lebih lerr..
Budaya yg di bawa atas nama Pengajian Pondok...
kat tmpt kami dh benteras semua budaya tu..
Biar jemaah tak ramai asalkan ikhlas dari penduduk sekitar ja.
Pk Imam jgn kedekut ajar cara solat jenazah kat jemaah tiap kali lepas solat..bukan susah sgt pn.
di Kedah & Penang sj yg menjadi2 sgt budaya karut upah solat jenazah ni!!!

Anonymous said...

Asalnya tuan Rumah bg atas alasan sedekah..Tp lama2 jadi bnda wajib dh..

Anonymous said...

kalau dah tulis dalam bil, maksudnya bayaran tu dituntut, bukan ikhlas dari tuan rumah

Anonymous said...

Jual agama lagi untung...duniAwii

Anonymous said...

Tiada langsung amal jariah, semua nak duit. Kpd Pengerusi mesjid tu ada lagi caj boleh kenakan spt parking kereta, sewa buku yasin, sewa quran, servis iman serta seluruh AJK mesjid, caj masuk mesjid sekepala, caj ambil wuduk, caj duduk dalam mesjid berdiri setengah harga, caj sembahyang mayat bagi yg nak ambil bahagian, caj yg tengok saja tapi tak sembahyang pun kena, caj parking kasut/selipar di luar mesjid, caj tengok mayat bagi keluarga terdekat mahal sikit, tengok mayat dari jauh pun kena juga caj, caj masuk kubur sekepala wanita 3X ganda dan hendak sangat, parking kereta di luar kubur, kedudukan 1 meter dari kubur mahal la sikit dan iman serta AJK free sebab dibayar oleh waris simati, korek kubur dah ada caj tapi kambus kena lagi, caj jaga kubur 7 hari berturut-turut, Bayaran khas kepada Persatuan Penggali Kubur;Persatuan Khariat Kematian; Persatuan Imam-imam Bersara; Pekida, Perkasa, UMNO caw. dan Bahagian, PKR, PAS, DAP, MIC, MCA, bayaran khas Along kawasan, sewa sejadah dan tikar, sewa payung, air mawar mesjid sediakan tapi kena bayar tak boleh bawa luar-no outside air mawar, air mineral/minuman kena beli dari mesjid-no outside drink, tadi caj masuk kubur ni pula caj keluar kawasan kubur, kalau waris nak tunggu kubur lama sikit kena caj ikut minit sekepala pulak tu, last sekali caj kerta bil sekeping RM 50.00. Jangan ketawa. Ini mungkin berlaku masa akan datang!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung