Nuffnang

Friday, March 20, 2015

Kelantan Luluskan Hudud, Pulau Pinang Naikkan Tarif Air 16.7%



Lim Guan Eng hasil pilihan Melayu Zuhud telah menaikkan tariff air sebanyak 16.7% lagi kerana memberi alasan, orang Bumiputera di negeri itu menggunakan air secara berlebihan. Oleh kerana itu kenaikkan ini dibuat supaya orang Bumiputera di Pulau Pinang akan lebih berjaga-jaga dan berjimat cermat.

Pandangan rakyat dan pengasalisa politik Malaysia menyatakan, tindakan ini sebenarnya adalah tindak balas kerana tindakan PAS bergabung dengan UMNO serta bersetuju dalam meluluskan Rang Undang-Undang Hudud.

Mat Sabu selaku sahabat baik kepada Lim Guan Eng juga tidak dapat mencari jalan dalam menyelesaikan masalah yang berlaku antara PAS dan DAP.

Dalam masa yang sama, parti PKR yang ditunjangi oleh majoriti Melayu Islam telah sepakat untuk bersama-sama dengan DAP sepakat berpendirian menolak hudud di Kelantan. Ini kerana janji telah dilanggari sewaktu menubuhkan Gabungan Pakatan Rakyat di mana PAS PKR DAP setuju tidak akan membangkitkan soal hudud selagi berada dalam Pakatan Rakyat mahupun setelah menang mengalahkan kerajaan UMNO Barisan Nasional. 

Kaum Cina di Malaysia mulai menunjukkan kemarahan kepada orang PAS walaupun mereka telah dimaklumkan bahawa kaum Cina tidak akan dikenakan Undang-Undang Hudud. Kaum Cina marah kerana hak mereka selaku pembayar cukai untuk tidak mahu melaksanakan hudud seperti tidak dipedulikan dan ini melanggar semangat hak pembayar cukai yang telah dibayar.

Dalam masa yang sama, MCA, GERAKAN dan DAP telah bersetuju menyatakan akan bersatu menentang hudud di mana mereka sendiri tidak akan terlibat dalam undang undang ini. GERAKAN telah menyatakan pendirian mereka akan memfailkan saman terhadap PAS dan perkara ini turut disokong oleh MCA serta DAP untuk menentang PAS Kelantan dan UMNO Kelantan.

Sumber Bukti DAP naik air:
http://www.bernama.com

2 comments:

Nedzork said...

http://www.rctech.net/forum/members/19awekmelayu-200151.html

HAMIDIsP said...

Tak faham dengan akal pendek org cina, malangnya masih ada penyokong dikalangan umat Islam..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung