Nuffnang

Thursday, April 16, 2015

Dahsyatt !! Anak Beranak Ludah & Tampar Polis Trafik


Gambar Hiasan

PULAU PINANG - Berang ditegur dan dikenakan saman oleh seorang anggota polis trafik, seorang bapa dan anak lelakinya bertindak biadab meludah serta menampar anggota terbabit di Jalan Patani, malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.50 malam tadi, dua beranak terbabit  yang masing-masing berusia 67 dan 31 tahun, gagal mengawal marah setelah rayuan mereka agar tidak disaman tidak dipeduli oleh anggota berkenaan.

Dua lelaki itu disaman di atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keselamatan dan memandu dengan lesen memandu yang telah tamat tempoh.

Berang dengan rayuan yang tidak diendahkan, dua lelaki itu mula memaki hamun anggota PDRM itu selepas ditahan.

Gagal mengawal kemarahan, suspek kemudian meludah dan menampar muka anggota tersebut yang bertugas di IPD Timur Laut ketika mahu menyerahkan surat saman untuk ditandatangan. 

Dua anggota polis peronda yang ternampak kejadian itu terus bertindak menahan kedua-dua lelaki itu yang berasal dari Bukit Mertajam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung