Nuffnang

Thursday, April 2, 2015

GST Sudah Bermula Tapi..Kastam Masih Tak Dapat Jawab Soalan GST - Aktivis

Kastam Masih Tak Dapat Jawab Soalan GST - Aktivis



  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Aktivis Gabungan Bantah GST pada Rabu mahukan lebih banyk penjelasan daripada Jabatan Kastam mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan berkata, hanya 16 daripada 106 soalan berkaitan pelaksanaan sistem percukaian baharu yang diserahkan kepada jabatan itu, dijawab.
"Ianya tidak membantu memandangkan maklum balas terlalu umum dan ringkas. Mereka tidak menjawabnya secara terperinci mengenai bagaimana cukai itu tidak memberi kesan kepada rakyat Malaysia.
"Kita tidak berpuas hati dengan jawapan-jawapan itu," kata Arutchelvan di luar pejabat Kastam di Kelana Jaya.
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, yang juga dikenali Chegubard, berkata walaupun Jabatan Kastam gagal menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, beliau tidak mempersalahkan jabatan itu yang dakwanya "ditekankan oleh kerajaan untuk pelaksanaan cukai baharu".
"Ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia belum bersedia dengan GST," katanya.
Kira-kira 30 penyokong kumpulan itu berhimpun di hadapan pejabat Kastam di Kelana Jaya pada kira-kira pukul 10.30 pagi bagi memberikan senarai soalan.
Pengarah Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan, Abdul Ghani Osman menerima dokuman mengandungi soalan-soalan itu.
Himpunan bersurai pada kira-kira pukul 11.30 pagi.
Pada 23 Mac lalu, kecoh apabila sekumpulan aktivis ditahan dan disiasat kerana menceroboh bagi membuat protes mengenai GST di lokasi sama.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung