Nuffnang

Sunday, April 12, 2015

PANAS!!! Kalendar Bomba 2015 buat gadis GIGIT BIBIR.



TERSEMBUL biji mata jadinya melihat aksi-aksi abang Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dipaparkan menerusi kalendar rasmi 2015 mereka...

Mana tidaknya, gambar ahli bomba berbadan sado menjadi model kalendar dilatari jentera atau kenderaan memadamkan kebakaran ini membuatkan para gadis ketip bibir jadinya...

Bagaimanapun, beberapa wajah ahli bomba wanita turut sama menghiasi kalendar rasmi tersebut...

Bagus jugak strategi yang dilakukan pihak Bomba dan Penyelamat ini hingga ramai yang meluahkan keterujaan untuk memiliki kalender 2015 tersebut...

Malangnya, bukan mudah untuk memiliki kalendar tersebut kerana ianya tidak diedarkan kepada orang ramai.

Tetapi, bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kalendar tersebut bolehlah menyertai kuiz yang disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi laman sosial Facebook mereka.

Pengumuman kuiz ini juga telah menerima ribuan ‘likes’ dan ratusan mesej tidak sampai 24 jam gara-gara ramai yang teringin menatap badan sado abang-abang bomba. - MYNEWSHUB.CC





No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung