'TAK NAK BAYAR GST, PERGI DUDUK KAT BULAN'
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Ir. Nawawi Ahmad mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab di laman Facebook dikritik oleh netizen yang melihat tindakannya itu tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai ahli parlimen.
“Tak mau bayar cukai pi dok di bulan. (tidak mahu bayar cukai pergi duduk di bulan ) Memang kerajaan hidup atas cukai rakyat termasuk Kelantan,” kata Nawawi kepada Ridz Black
Tindakan mencadangkan rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan perlaksanaan GST agar berpindah ke bulan itu mengundang respon negatif dari netizen sekali gus mencemarkan lagi imej pemimpin Barisan Nasional khususnya UMNO yang kerap kali mengeluarkan kenyataan kurang cerdik.
Dato' Ir. Nawawi Ahmad yang juga Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu juga menggunakan perkataan kesat 'pergi mampus' apabila bersoaljawab dengan pengguna Facebook yang lain.
“GST membantu negara dan akhirnya membantu rakyat. Jika negara bankrap maka rakyat pun mampus,” katanya ketika menjawab komen pembaca, Mirza Global Photography.
Tindakan tidak cerdik pemimpin UMNO itu menyemarakkan lagi api kemarahan rakyat yang tidak rata-ratanya masih tidak faham mengenai cara GST berfungsi.
2 comments:
BN Menang Rakyat Senang
Ahli Parlimen yg bercakap mcm tu adalah ahli parlimen yg pandai sbb dia Ir. tapi tak cerdik. Itulah nilai pendidikan diMalaysia.
Post a Comment