Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Sunday, May 10, 2015

AMAH INDON AKUI DAPAT IC & BR1M RM500 ?



Video seorang pembantu rumah warga Indonesia mengakui rakannya mendapat MyKad Malaysia dan layak menerima bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tersebar di laman Facebook sejak semalam.

Video berdurasi 3.16 minit yang dirakam oleh seorang individu Cina itu kini mendapat 178 perkongsian di Facebook dan telah ditonton sebanyak 2,988.

Berdasarkan rakaman video tersebut, wanita itu mengakui rakannya baru mendapat MyKad sejak 3 bulan (Februari) yang lalu tanpa perlu membayar sesen selain dari turut mendapat bayaran BR1M.

"Dapat IC pun, dapat duit (RM500 BR1M) pun. Itu pasal saya pelik sangat," katanya.

Apabila ditanya mengenai pihak manakah yang memberikan MyKad dan RM500 itu, wanita itu hanya memberikan jawapan tidak tahu.

Bagaimanapun wanita itu mendedahkan mereka sudah menetap di Malaysia selama 15 tahun dan tinggal di negara ini tanpa dokumen perjalanan, pasport. 

Menurutnya lagi, individu yang memberikannya MyKad & BR1M itu mempunyai hubungan yang 'Kamcing' dengan Ketua Kampung di Kelana Jaya, menjadikan mereka mempunyai kelebihan untuk mendapat dua keistimewaan hak rakyat Malaysia itu. 
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung