Nuffnang

Saturday, May 2, 2015

Gempar : Penyokong PAS demo anti-PKR di PP


Penyokong PAS demo 

Ketika penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di ibu negara bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang lain pula keadaannya.

Walaupun pemimpin Pakatan di peringkat atasan mengatakan masalah dalaman di Permatang Pauh telah selesai, di peringkat bawahan perasaan tidak puas hati ternyata masih ada,

Sekumpulan anggota PAS cawangan Bagan, di Kampung Pertama, hari ini mengadakan perhimpunan bagi mendesak PKR memohon maaf berhubung kenyataan sayap pemudanya AMK berkaitan hudud.

Dalam perhimpunan ringkas itu, mereka juga menggesa PKR menyatakan pendirian sama ada akan menyokong rang rang undang-undang persendirian yang akan dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Peserta himpunan yang dihadiri kira-kira 20 orang itu turut membawa sepanduk yang antaranya betulis "DAP jangan biadap", "hudud hukum Allah" dan "kami sokong tok guru presiden".

Mereka juga melaungkan takbir serta "hidup PAS" dan "hancur PKR".

Selain itu, himpunan itu juga bertujuan menyelar tindakan DAP yang sering mengkritik pelaksanaan hudud.

Himpunan yang bermula pada jam 2.15 petang itu diadakan di hadapan Masjid Batu Kampung Pertama.

6 comments:

Anonymous said...

kenapa 20 org je, betul ke org PAS byk tu?

Anonymous said...

hj hadi nampaknya merestui perkara ini.

kalau tidka sudah tentu budak2 tu dilabel barua dan tidak wala' pada hadi.

semakin jelas UMNORINAS di dalam PAS

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Bagan termasuk dalam Parlimen Permatang Pauh kah? Orang Bagan sembahyang jumaat kat Masjid Batu semata-mata nak buat demo? Agak pelik sangat tu, tengok pulak tu poster dan banner cantik sangatlah. Dah makan ikan bakar Kg Pertama kot.

Anonymous said...

Sapa biadap dgn allah pas ka? Bn ka? PKR ka?
Pas kenapa hudud boleh d pinda pinda adakah hukum allah boleh dipinda sesuka hati?
Bn sudah lebih 50 thn mengapa tak dijalankan hukum allah ini ?
Pkr mementing penentangan terhadap bn yg menzalimi rakyat dan membina rakyat yg berdaya maju..

Anonymous said...

Senyap hadi tanda restu.bkn kali pertama peel begini timbul.sadis....peel ini pada saat perlunya muafakat dan hadi tetap diam.adakah hadi sdiri minta maaf krn hina dswa yg dikatakan tak layak?komunis dan pil kuda?calon bertindih?

Anonymous said...

Din Ayam dan geng UG punya kerja la ni. Hadi, gam mulut dia. Tunggu muktamar PAS pada JUN nanti, dan kalau menang baru dia akan buka mulut. Ajenda masuk BN sudah siap tapi tidak boleh buka lagi. Nanti Mukatamar. Penyokong PAS semua kena jual.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung