Nuffnang

Tuesday, May 12, 2015

Perghhh : DEMONTRASI 'REJAM PENGKHIANAT TABUNG HAJI' Di Depan Pejabat DUN P Pinang

DEMONTRASI 'REJAM PENGKHIANAT TABUNG HAJI'
Sekumpulan anggota PAS Pulau Pinang yang progresif petang tadi melancarkan demontrasi aman serta mendesak Usul Tergempar dikemukakan di DUN, berhubung kontroversi isi Tabung Haji.
"Azeez kerja jual kereta sahaja, dia bukan orang agama atau orang yang tahu mengurus...dia kecoh Tabung Haji macam jual kereta.
"Saya harap usul tergempar mengenai Tabung Haji yang menyentuh kepentingan umat Islam di Pulau Pinang ini boleh dikemukakan dalam DUN, macam usul tergempar bantah GST yang pernah dikemukan di DUN sebelum ini.
"Kita mahu pembangkang (Barisan Nasional) dan Kerajaan (Pakatan Rakyat) bukan sekadar bincang sama ada Azeez pecah amanah atau tidak.
"Tetapi, bawa model pentadbiran yang baru, di mana pengurusan Tabung Haji diletak di bawah Kuasa Parlimen, di mana interbiu dibuat di bawah Parlimen berdasarkan cadangan nama-nama CEO daripada Perdana Menteri, sebelum dipanggil oleh Yang Dipertuan Agong.
"CEO tak akan senang-senang ikut cakap Perdana Menteri seperti dalam skandal 1MDB, kerana dia terpaksa sedia laporan dan jawab semua perkara berbangkit kepada Parlimen.
"Ini, sistem yang lebih telus untuk pulih kepercayaan rakyat pada Tabung Haji."
Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim berkata demikian kepada wartawan, selepas demontrasi di depan DUN Pulau Pinang dekat George Town, petang tadi.
Like · Comment · 

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung