Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Saturday, May 30, 2015

Polis didakwa buka zip, cuba tunjuk kemaluan


Penduduk Kampung Gatco, Negeri Sembilan menuduh seorang anggota polis tempatan membuat gangguan seksual kepada beberapa orang wanita.

Dakwaan terhadap Sarjan Mejar Abu Bakar Ibrahim daripada balai polis Air Hitam itu kini dikongsi meluas di Facebook.

Berdasarkan laporan polis penduduk kampung yang diperolehMalaysiakini, penduduk ditahan polis ketika mahu menyelidik kes kecurian di ladang getah kampung itu petang semalam.

Ladang itu kini dalam pertikaian selepas ia dibeli oleh syarikat swasta yang mahu penduduknya beredar.

“Secara tiba-tiba Sarjan Mejar Abu Bakar dari balai polis Air Hitam menahan kami lalu menghina kami dengan kata-kata lucah.

“Lalu beliau memberitahu kami bahawa beliau sudah lama tidak tidur dengan isterinya, Sarja Mejar Abu Bakar juga mengajak beberapa orang perempuan yang berada di tempat kejadian untuk tidur dengan beliau.

“Beliau juga membuka zip seluarnya dan cuma menunjukkan kemaluannya kepada kami,” menurut laporan polis itu.

'Saya tak buat, dia tampar'

Ketika dihubungi, Abu Bakar menafikan dakwaan itu.

Beliau juga mendakwa cuba diprovokasi dan ditampar oleh seorang wanita.

“Dia tampar saya tapi saya pun tak ambil berat sangatlah.

“Jadi apa itu.... Benda itu semua tak berlaku, tak buat. Takkan saya nak buat kerja tak elok.

"Dia dah banyak kali provoke saya tapi semua benda tu tak benar,” jelasnya.

Ketua Polis Negeri Sembilan Jaafar Mohd Yusof juga menafikan perkara itu berlaku.

“Semua itu tidak betul,” katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada pihaknya akan menyiasat dakwaan itu, Jaafar berkata mereka akan melakukannya jika anggota pasukan keselamatan yang dipersoal itu benar-benar terlibat kes salah laku.

Pertikaian panjang

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PSM) S Arutchelvan berkata kumpulan aktivis telah bertemu dengan Jaafar semalam bagi mengaduk berhubung cara pihak berkuasa menangani kes ladang itu.

Mac lalu, tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan 30 orang lagi ditahan kerana cuba menghalang pembersihan ladang Kampung Gatco.

Tanah seluas 4,700 ekar itu, dipajak kepada Great Alonioners Trading Corporation Bhd (Gatco) pada 1977 oleh Negri Sembilan State Economic Development Corporation (SEDC).

Gatco diperbadankan oleh  Kesatuan Kebangsaan Pekerja Ladang untuk tujuan skim pembangunan tanah kepada anggotanya.

Peneroka dibayar RM7,600 seorang untuk deposit bagi menyelesaikan tanah diperuntukkan sebagai sebahagian daripada skim pembangunan.

Projek itu bagaimanapun gagal dan tanah itu kemudian dicagarkan kepada dua institusi kewangan.

Gatco berdepan masalah tetapi penyelesai firma (liquidator) hanya menjual tanah itu kepada  Thamarai Holdings Sdn Bhd pada 2006, yang mencetuskan pertikaian berterusan.

Seramai 140 peneroka menyaman Gatco dan Tamarai susulan penjualan itu.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung