Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Monday, June 1, 2015

'Saya punya #kipidap lagi popular daripada Ahmad Maslan' - Rani Kulup


KUALA LUMPUR: Facebook 'troll' Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah dilihat lebih popular daripada yang dimiliki Datuk Ahmad Maslan kerana pengajaran yang terkandung di dalam laman itu sendiri.


Tegas Abdul Rani, walaupun laman itu dikendalikan 'peminat'nya, ia dilihat memberi lebih banyak teladan dan bermanfaat daripada laman Facebook 'troll' Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.



"Peminat meletakkan aktiviti seharian saya selain bukan berniat memperlekeh. Bilangan 'like' juga jauh lebih banyak daripada Ahmad Maslan.



"Walaupun saya sendiri tidak mengenali pengendali laman itu, namun ia banyak membantu peminat-peminat saya untuk tahu aktiviti seharian yang dibuat MJMM.



"Ia sekali gus menaikkan nama MJMM dan memberi lebih promosi kepada banyak isu-isu negara yang harus diberi perhatian selain banyak laporan polis yang dibuat sebelum ini," katanya kepada Astro AWANI di sini.



Tinjauan Astro AWANI mendapati laman FB 'troll' 'Abdul Rani Kulup Fans' mempunyai lebih 105,000 'like' sementara 'Ahmad Maslan Fans' hanya mencatat 15,000 'like.'




Laman FB 'troll''Abdul Rani Kulup Fans' kini mempunyai lebih 105,000 'like.' -Sumber gambar Facebook







Sebelum ini, pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata mereka yang suka melakukan 'troll' atau mengeluarkan kenyataan bernada menyindir dengan tujuan provokasi dan menyebarkan keburukan orang lain menerusi media sosial merupakan golongan 'sakit jiwa.'



Kata Dr Mohd Fadzilah, golongan ini 'sakit daripada segi rohani', jahil agama, mungkin dipengaruhi kawan dan sewenang-wenangnya menyampaikan sesuatu perkara tanpa mengetahui kesahihannya.






Abdul Rani sebelum ini pernah memberi amaran kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk tidak memesongkan ungkapan barua yang ditujukan kepada anggota polis kononnya hanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.



Tegasnya, frasa barua yang diungkap memang ditujukan kepada semua anggota polis sekali gus menggambarkan Azmin seorang yang tidak bertanggungjawab

Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung