Nuffnang

Monday, May 25, 2015

'Taib Mahmud dapat Rolls-Royce RM3.7 juta'


Yang dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini dilapor mempunyai Rolls-Royce Phantom keluaran 2012.

Sarawak Report melaporkan bahawa kereta mewah itu sebagai kenderaan rasmi Taib dan mencadangkan ia 'hadiah' daripada penggantinya Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini 

Bagaimanapun, ia boleh jadi dimiliki kerajaan persekutuan yang membekalkan kenderaan rasmi kepada yang dipertua negeri, menteri besar dan ketua menteri ketika berada di ibu negara.

Laman pembocor maklumat itu mendakwa kereta itu dibeli tahun lalu dan kini disimpan di pejabat Yayasan Sarawak di Kuala Lumpur.

Kereta jenis itu dijual dengan harga 365,000 pounds sterling (RM2 juta) di Britain.

Carian Sarawak Report mendedahkan bahawa di Malaysia sebuah kereta terpakai Phantom boleh mencecah kos RM3.7 juta.

Taib dikenali sebagai peminat Rolls-Royce.

Pada 2011, Malaysia pernah mengambil gambar salah sebuah daripada kereta Rolls-Royce vintaj miliknya yang tidak mempunyai pelekat cukai jalan atau nombor plat.

1 comment:

SUDUT PAK DIN said...

pakailah besok kat akhirat belum tentu dapat sama.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung