Nuffnang

Wednesday, June 3, 2015

Jam tangan mewah pegawai SPRM milik suami Jadi Tomahan Dalam Media Sosial

  • SPRMSPRM
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Barangan berbentuk beberapa utas jam tangan mewah yang dilaporkan hilang selepas rumah seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipecah masuk, adalah milik peribadi suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan. 
 
Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob berkata SPRM memandang serius tohmahan yang dilemparkan menerusi media sosial ke atas pegawainya itu kononnya beliau memiliki harta di luar kemampuan. 
 
Susulan itu, SPRM akan membuat laporan polis berhubung isu ini dan mahu Polis Diraja Malaysia menyiasat tindakan pihak tertentu mendedahkan aduan yang dibuat mangsa menerusi media sosial, katanya. 
 
"SPRM ingin menjelaskan pegawai yang dimaksudkan hanya menyertai SPRM pada 1 Jun 2015 (Isnin) bagi menyandang jawatan Gred 44. Malangnya, rumah beliau telah dipecah masuk pada hari beliau melapor diri untuk bertugas. 
 
"Pegawai ini telah membuat satu laporan polis berkenaan kejadian ini semalam dan dalam laporannya, beliau telah menyenaraikan barang-barang yang telah dilarikan pihak yang memasuki rumah beliau.
 
"Ini termasuk jam tangan mewah dan laporan polis yang beliau buat telah diviralkan menerusi media sosial sejak pagi tadi," kata Rohaizad dalam kenyataan.
 Laporan itu mendapat pelbagai respon daripada pengguna laman itu. 
 
"Siasatan awal mendapati suami beliau seorang ahli perniagaan dan pemilikan harta ini adalah sah dari segi undang-undang.  
 
"Malah, oleh kerana beliau baru sahaja melapor diri semalam, pengisytiharan harta wajib juga belum dilakukan," kata beliau. 
 
SPRM memandang serius dakwaan dan tohmahan sesetengah pihak kononnya pegawai-pegawai SPRM memiliki harta di luar kemampuan dan SPRM turut memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan laporan polis kes ini menerusi media sosial, katanya.  - Bernama

3 comments:

Mrs Velentine said...

mentaliti org kita asyik nak fikir negatif jer.bersangka baik kan lebih baik

HAMIDIsP said...

Kalau benar sekalipun, pegawai2 begini tidak sesuai menjawat jawatan panas begini..

KAMDAR said...

Rohaizad Yaakob- "Pegawai ni masih belum buat istihar harta"....kalau yer pun baru masuk SPRM 1 Jun dan menyandang gred 44, pegawai semestinya melalui gred 41 dulu. Masa gred 41 dulu tak buat istihar harta ke? Istihar harta 5 tahun sekali..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung