Nuffnang

Sunday, July 12, 2015

Perghhh ?? NYARIS MAUT DITUSUK BESI KELULI




WUHAN - Seorang lelaki nyaris maut setelah ditusuk dengan besi keluli yang menembusi dada hanya 1 sentimeter dari jantungnya selepas terlibat dalam kemalangan. Kredit Hypermedia 
Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita terkini

Pemandu, Song, 32, dilaporkan merempuh bahagian belakang sebuah lori menyebabkan 6 besi keluli terbang menembusi cermin depan keretanya.


Lima dari besi keluli itu tembus ke bahagian tempat duduk mangsa manakala sebatang lagi menembusi dadanya yang hampir mengenai jantung.


Seorang lagi mangsa, Hu, yang duduk di bahagian penumpang belakang juga ditusuk dengan besi keluli itu di bahagian bahu kanan.

Pihak bomba terpaksa memecahkan tingkap kereta mangsa bagi memotong besi keluli tersebut sebelum menghantar kedua-dua mangsa ke hospital untuk rawatan lanjut pada jam 4 pagi
.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung