BENGANG akibat enjin kereta mewahnya asyik terhenti sendiri, seorang pemilik Mercedes Benz S63 AMG dirakam 'membelasah' keretanya dengan kayu golf.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Guangzhou, China.

Menurut laporan 9News Australia, kereta lelaki berkenaan mengalami gejala enjin terhenti secara tiba-tiba semasa memandu sebanyak beberapa kali.

Tidak puas hati, lelaki berkenaan meminta supaya keretanya ditukarkan kepada yang baru dan jenis yang sama daripada syarikat penjual kereta tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak syarikat enggan menggantikannya.

Lelaki tersebut kemudian menggunakan sebatang kayu gold dan mula memukul keretanya sehingga remuk dan pecah di hadapan syarikat penjualan kereta tersebut.

Kejadian tersebut dirakam orang awam yang kemudiannya menjadi viral di laman Facebook, semalam.