Nuffnang

Tuesday, October 27, 2015

Suspek Mengaku Merogol Mangsa Sebelum Membunuhnya ?



BAYAN LEPAS - Seorang remaja lelaki berusia 20 tahun yang dipercayai membunuh seorang pelajar perempuan SMK Teluk Kumbar 1, ditahan oleh pihak polis malam tadi.


Suspek, Tarmizi Bin Yaakub, bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Sekolah Kebangsaan Bayan Lepas itu ditahan dan polis turut menemui senjata yang digunakan. 

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek yang mengenali mangsa mengaku membunuhnya dengan dua bilah pisau yang diambil dari rumah mangsa sebelum membuangnya ke main hole TNB di kawasan sekolah.

"Dua bilah pisau itu ditemui dibungkus dalam anak tudung berwarna putih yang ada kesan darah. Telefon bimbit jenis Oppo milik mangsa juga ditemui disembunyikan di celah pokok bunga kawasan sekolah.

"Suspek juga turut mengaku telah merogol mangsa sebelum membunuhnya di dalam bilik tersebut," kata sumber di mana suspek telah membawa polis ke lokasi senjata pembunuhan dibuang. Telefon bimbit milik mangsa pula ditemui disembunyikan di celah pokok bunga kawasan sekolah. Polis juga turut merampas baju dan seluar suspek (telah dibasuh) yang digunakan semasa kejadian. 

Siasatan polis mendapati, punca sebenar kejadian itu adalah kerana suspek cemburu dengan tindakan mangsa yang berkawan dengan lelaki lain. - THEHYPEMEDIA.COM

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung