WALAUPUN 
negara kecoh dengan isu pengharaman rokok elektronik atau vape, tindakan seorang pemuda yang membuang peranti vapenya ke laut semalam telah mengegar laman sosial dan popular di kalangan komuniti vapers (penghisap vape).

Pemuda tersebut membuka bicara perkongsiannya di Facebook dengan beberapa mutiara kata mengenai ibu.

"Masa kecil dulu, ibu tunaikan permintaan kita. Dah besar ni, ape salahnya kita tunaikan permintaan ibu kita pulak?" tulis pemuda berkenaan.

Beberapa foto yang menunjukkan peranti vape, tangki perisa (tank) dan pemetik api dijatuhkan ke laut juga dikongsi bersama, termasuk salinan paparan perbualan pemuda tersebut dengan ibunya.

"Walau harga ratus-ratus, permintaan ibu lagi tiada ternilai.

"Bebebiuuu bonda...bye-bye vape and cigar.. ke laut ke laut.." tulisnya lagi.

Perkongsian berkenaan telah dikongsi semula oleh beberapa individu termasuk Friends of Barisan Nasional dan Sukan Star TV termasuk dihantar ke kumpulan komuniti vape.

Difahamkan, terdapat segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemuda tersebut.

"Awal mula pertama mula saya memohon maaf. Niat saya post gambar-gambar vape saya semalam tu hanya sekadar kenangan dan suka2.. Tidak di sangka ia menjadi viral kerana Facebook saya sebelum ini pun hanya beberapa puluh orang sahaja friend list dan tidaklah sampai beratus-ratus kawan. Terima kasih yang tambah kawan tu. Maaf sekali lagi pada pengomen  yang tidak berpuas hati, saya tak berniat.

"Tidak dengar atau tidak mengendahkan nasihat atau arahan atau teguran ibubapa mu termasuk dalam kategori jahat dengan ibubapa selagi arahan itu tidak memudaratkan diri dan agama," akhiri lelaki tersebut dalam perkongsian terbaru, hari ini

Klik Sini Untuk Like dan dapatkan Berita  terkini