Bismillah. Kisah hiking Bukit Tabur East pagi Jumaat 30 Oktober 2015 yang harmoni.
Al-kisah, kami naik bertiga. Yang cukup kudrat dan kemampuan. Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke atas.
Sampai je kat puncak, terjumpa geng sama UIA. Ketiga-tiganya lelaki. Tengah breakfast sambil berborak.
Aku perasan yang sorang ni tengah duduk, ada lebihan jeans meleret atas tanah.
Kaki dia. Kaki dia takde. Dan aku kenal dia. Kenal as in familiarlah mukanya. Selalu jumpa kat centre UIA dengan wheelchair. Nama dia Adam.
Masa tu rasa amazing. Aku tadi hike sikit dah tercungap-cungap. Yelah takde fitness macam orang lain kan. Pancit macam apa. Berhenti banyak kali. Tapi Alhamdulillah sampai jugak kat atas tu.
Tapi macam mana Adam ni boleh sampai atas?
Masa tu dah memang rasa Subhanallah dah. Ya Allah. Kental gila mamat ni.
Balik UIA, member yang naik sekali share cerita. As dia terdengar conversations among them sebab dia sampai puncak dulu tadi.
Adam bersuara;
"Terima kasih korang sebab sudi bawak aku naik bukit ni."
Kawan lagi satu membalas,
"Takde masalah lah. Tak kiralah dengan apa cara pun kau usaha nak naik bukit ni, tapi yang penting sekarang kau dah ada kat puncak ni, kau ada determination."
Kawan share lagi, dia tak boleh jalan seperti seorang yg normal. Cukup dengan menggunakan lutut untuk bergerak. Dan dia sampai jugak ke puncak bukit walaupun perlu daki ikut laluan yang curam. Bagi seorang yang normal, nak sampai ke puncak ambil masa 30-45 minit. Tapi diorang ambil masa 2 jam.
Dua orang kawan dia memang sangat supportive, sanggup daki slow semata-mata nak bawa sahabat diorang ke puncak macam orang normal boleh buat. Nak bagi sahabat diorang rasa perasaan bila tengok nature.
Lepas tu tadi, kawan lagi sorang share gambar ni kat group. Dari member dia yang bawak Adam ni naik Tabur tadi, Satrio.
Mata bergenang dah. Malas nak cakap banyak. Perempuan ni memang emo. Time tengok tu memang nak nanges dah. Tapi tahan jelah sebab nak makan tadi. Eh.
Aku cukup kaki tangan tu pun asyik mengadu penat, stress bagai. Adam ni tak sempurna fizikal tapi hati dia sempurna dah bagi aku. Kentalnya Ya Rabbi! Aku bangga dengan dia.
Mungkin bagi orang lain biasalah kan. Well, semua orang mampu buat sebenarnya. Nak taknak je. Semangat atau tak je.
Tapi senario ni luar biasanya adalah kisah seorang manusia yang luar biasa. Senario yang boleh balikkan kita semua semula pada Dia.
Kisah yang mana boleh buka mata hati kita untuk jadi hamba yang bersyukur.
Kisah yang mana mampu turunkan ego kita sebagai manusia.
Kisah yang mana bisa memberi pengajaran buat kita melalui insan lain.
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah mampu kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Muhasabah untuk diri sendiri. - Nur Maizan Nazmal
No comments:
Post a Comment