Nuffnang

Wednesday, December 16, 2015

Anak TPM dirompak, cincin kahwin hilang

Rumah anak timbalan perdana menteri Datuk Seri Zahid Hamidi di Country Heights, Kajang, dipecah masuk buat kali kedua.
Nurulhidayah, 36, bersama suami dan dua pembantu rumah berada di rumah ketika kejadian.
Menurut Oriental Daily News, selepas menerima laporan pada 10 pagi semalam, polis menghantar pegawainya, termasuk pasukan forensik ke rumah itu.
Laporan itu memetik ketua CID Mohd Adnan Abdulah sebagai mengesahkan kes itu.
Adnan berkata keluarga Nurulhidayah mengalami kerugian kira-kira RM25,000 akibat kehilangan barangan peribadi, termasuk laptop, lima jam tangan, cincin kahwin dan barangan kemas.
Nurulhidayah dan suaminya membuat laporan di balai polis Kajang pada 11 pagi.
Polis menyiasat kes iu bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Tahun lepas beliau kerugian dua jam dan wang tunai RM1,000 akibat insiden sama.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung