RUPA unik seekor kucing yang mempunyai dua warna berbeza di mukanya menjadikannya si kucing sensasi dan popular di internet.

Kucing yang diberi nama Venus mempunyai dua warna berbeza iaitu hitam di sebelah kanan dan oren di sebelah kiri mukanya.

Selain mempunyai muka dengan warna berbeza, kucing berkenaan turut mempunyai warna mata yang berbeza iaitu biru dan hijau.

Malah kucing ini sudah mempunyai 900,000 pengikut di laman Facebook dan 















berpuluh video di YouTube malah mempunyai laman web sendiri untuk menjual barangan jenamanya.

Venus turut muncul dalam majalah National Geographic dan beberapa program televisyen di Amerika Syarikat.

Sementara itu, menurut pemiliknya Christina dan Chris, kucing berkenaan dijumpai merayau-rayau di sebuah ladang di North Carolina pada tahun 2009 sebelum mengambil Venus kerana warnanya sama seperti dua kucing yang dipelihara mereka.

"Jiran pernah menyangka kami mewarnakan bulu kucing berkenaan, walaupun sebenarnya Venus dilahirkan dengan warna sedemikian," mereka dipetik sebagai berkata kepada DailyMail
.