BEIJING - CHINA. Perbuatan tiga sekawan bergambar bersama sepucuk pistol palsu dalam sebuah pesawat mengundang cemuhan netizen sebaik sahaja foto itu dimuat naik di media sosial, Ahad lalu.
Memetik laporan portal antarabangsa, Shanghaiist.com, ramai yang melahirkan rasa terkejut dengan perbuatan mereka.

Bagaimanapun ada yang berpendapat bahawa ia hanya sekadar ‘suka-suka’ dan pistol tersebut hanyalah bateri komputer riba yang digayakan seakan-akan pistol.
Difahamkan, pihak berkuasa penerbangan awam China telah menggariskan beberapa objek seperti pisau, pistol dan senjata palsu sebagai objek larangan dalam mana-mana penerbangan.

Sehubungan itu, orang ramai meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman terhadap tiga individu terbabit.
Menurut pendapat sesetengah pihak, ia bertujuan untuk memberi pengajaran kepada mana-mana individu yang cuba peraturan dan larangan yang dikenakan oleh pihak berkuasa penerbangan
.