Nuffnang

Wednesday, January 13, 2016

BERANG DISAMAN, LELAKI BERI TANDATANGAN LUCAH


SUBANG JAYA - Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan setelah bertindak biadab menulis perkataan lucah pada surat saman kesalahan jalan raya di Plaza Tol Puchong Selatan.

Penunggang motosikal berkenaan ditahan serta merta jam 8 pagi kelmarin setelah suspek mengeluarkan kata-kata kesat, lapor Harian Metro. 

Timbalan Ketua Polis Subang Jaya Superintendan Lee Swee Meng berkata, kejadian itu berlaku ketika sepasukan 10 anggota dan pegawai polis melakukan Ops Roda plaza tol berkenaan. 

Difahamkan, suspek enggan memandu di lorong yang dikhaskan untuk penunggan motosikal, menyebab polis terpaksa mengambil tindakan terhadapnya.

"Dia menunggang motosikal Yamaha LC ditahan di lorong tol khas untuk kenderaan berat menghala ke Putrajaya. Anggota trafik mengeluarkan notis saman kepada suspek dan memintanya menurunkan tandatangan. 


"Bagaimanapun, suspek menurunkan tandatangan dengan menulis perkataan kesat di bahagian bawah surat saman tersebut," katanya. 


Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.  Kredit Hypermedia

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung