WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita Islam bertudung telah dihalau kerana didakwa mengganggu ucapan calon presiden daripada parti Republikan, Donald Trump di South Carolina, kelmarin.

Rose Hamid, 56, dihalau sambil diiringi dua anggota polis selepas dia berdiri semasa Trump dengan lantang menuduh pelarian Syria telah bergabung dengan kumpulan militan IS.
Trump terkenal dengan sikapnya yang anti migran sebelum ini pernah mencadangkan supaya orang Islam dilarang masuk ke Amerika Syarikat.
"Saya hanya diam dan berdiri sebagai tanda protes.
"Semasa saya diarah meninggalkan dewan, penyokong Trump bersorak gembira malah salah seorang daripada mereka bertindak keterlaluan dengan menuduh saya membawa bom," kata Rose.
Semasa menyertai kempen itu, Rose dilihat memakai baju T dengan tulisan 'Salam, saya datang dengan aman', lapor CNN
.