IPOH - Seorang pemilik kedai makan cedera di kepala selepas disamun tiga lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan sepucuk pistol, di kedainya di Kampung Keboi, Kuala Dipang dekat Kampar, semalam.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari ketika mangsa Wong Kok Keong, 48, sedang mengemas premisnya.
"Dia didatangi suspek  yang bertanya mengenai kandang babi di kawasan itu serta meminta air untuk minum. Seorang daripada suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacu kepada mangsa.