Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Thursday, January 7, 2016

MEMALUKAN.......Wanita berimej 'tomboi' terakam di CCTV buat perkara tak senonoh..



Bangi: #Misteri kehilangan wang tabung derma pembangunan Surau Al-Khauthar Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, di sini, terbongkar apabila ia dilarikan ‘toyol tomboi’.

Dalam kejadian jam 8.05 pagi kelmarin, gadis itu dikesan menceroboh masuk surau berkenaan untuk memecah dua tabung surau.

Pengerusi surau, #Nadzri Daud berkata, dua tabung dianggarkan mengandungi wang berjumlah antara RM300 hingga RM400.

Menurutnya, ahli #jawatan kuasa surau yang menyedari kejadian itu berikutan penemuan tabung kosong kemudian segera memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Hasil penelitian jelas menunjukkan suspek memakai jaket warna hitam, bertopi serta membawa beg silang.

“Dia memasuki surau sebelum berjalan menuju ke ruang solat. Suspek mengangkat dua tabung derma itu dan dibawa ke bahagian ruang solat wanita,” katanya.

Menurutnya, #tindakan suspek selepas itu bagaimanapun gagal dirakam CCTV dengan jelas berikutan dia memecahkan tabung itu di sebalik telekung solat yang diletakkan jemaah wanita di satu sudut surau.

“Suspek #melarikan diri kira-kira 10 minit kemudian.

“Disyaki gadis ‘tomboi’ berikutan ada jemaah surau terserempak dengannya jam 4.45 pagi hari sama. Dia ketika itu berpura-pura mahu menumpang tandas surau,” katanya.

Menurutnya, #suspek dilihat menaiki motosikal berwarna hitam sebelum kejadian.

“Apabila #ditanya tujuannya memasuki pekarangan surau, dia memberitahu ingin menumpang tandas.

“Ketika itulah jemaah masjid menyedari individu itu adalah seorang wanita walaupun dia mengenakan pakaian meneyerupai lelaki,” katanya.

Nadzri #berkata, sebelum ini surau berkenaan seringkali menjadi sasaran penjenayah melarikan wang tabung serta beg jemaah wanita yang sedang bersolat.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung