Nuffnang

Sunday, February 21, 2016

Bukit Aman Akan Panggil Anak Bekas TP




  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan memanggil anak lelaki bekas Timbalan Perdana Menteri, Farhan Yassin yang dikatakan cuba menghina pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya memberitahu, tindakan memanggil anak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bagi memberi peluang kepadanya menjelaskan apa yang dimaksudkannya berhubung tindakan mengubahsuai logo pasukan itu.
Gambar logo pasukan itu yang diubah suai dan ditambah gambar uncang duit dimuat naik di akaun Instagram milik Farhan, baru-baru ini.
"@PDRMsia akan panggil Farhan Yassin utk dia jelaskan apa yg dimaksudkan dgn tanda (wang) di Crest PDRM yg beliau siarkan di Instagramnya," katanya.
Sebelum itu, Farhan mengundang rasa kurang senang di kalangan pengguna media sosial apabila didakwa menghina PDRM dengan memuat naik gambar yang dianggap menghina pasukan keselamatan itu.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung