JEMPOL - Seorang lelaki juga berstatus suami orang menerima nasib malang apabila dibogelkan sendiri dipercayai dilakukan teman wanitanya dan beberapa lelaki lain memukul mangsa di Taman Rekreasi Bahau awal pagi Sabtu lalu.
Mangsa diperlakukan sedemikian selepas menegur teman wanitanya agar tidak membawa mana-mana lelaki ke rumah kerana dia (teman wanita) merupakan seorang janda beranak sembilan.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, insiden pada jam 12.30 pagi berlaku selepas mangsa, 48 tahun menerima panggilan telefon teman wanitanya, 33 tahun.
"Mangsa turut diugut agar membayar RM5,000.  Akibat terlalu takut mangsa menyerahkan kad bank dan wang tunai," katanya ketika mengesahkan laporan sebentar tadi.
Noorzainy berkata, kes ini bagaimana pun masih dalam siasatan polis .