SEREMBAN - Polis merampas sepucuk pistol jenis Revolver tiga inci model WinGun berserta 21 butir peluru dalam sebuah kenderaan dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita berhampiran persimpangan Taman Permai, di sini, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, lima kelongsong peluru yang telah digunakan turut ditemui dalam kenderaan terbabit.
"Kita juga merampas dadah jenis erimin 5 seberat 2.6 gram, syabu 7.10 gram dan Yaba 0.3 gram yang dianggarkan bernilai sekitar RM2,000 pada pemeriksaan itu.
"Dipercayai Hyundai Elantra dinaiki lelaki tempatan bersama wanita warga Vietnam itu adalah kereta klon, berikutan tidak mempunyai rekod dalam Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya.
Menerusi tangkapan dibuat, kata beliau, polis akan menyiasat kedua-dua suspek dari sudut penglibatan dalam kes samun menggunakan senjata api.
"Semasa ditangkap, lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 23 tahun itu didapati positif dadah. Kita belum dapat mengesahkan hubungan antara kedua-duanya, cuma dipercayai mereka pasangan kekasih.
"Berdasarkan jumlah dadah ditemui, mungkin untuk kegunaan mereka sendiri. Tapi kita tidak menolak kebarangkalian, kedua-duanya terlibat dalam rangkaian pengedaran dadah," katanya.
Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 12(3), 39(a)(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.  
"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari, seh