KOTA BHARU - Polis tidak menolak kemungkinan angkara cemburu dan mempunyai hubungan sulit menjadi punca kejadian seorang lelaki warga Indonesia dikerat kemaluannya di Kampung Gua Air, di  Pos Pulat, Gua Musang di sini Sabtu lalu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Ahmad Taufek Abdullah berkata, mangsa berusia 36 tahun ‎kini menerima rawatan lanjut, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) dan dilaporkan stabil.
"Kita kini sedang memburu suspek yang merupakan wanita warga Thailand berusia 19 tahun dan masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian.
“Kes ini disiasat di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyebabkan kecederaan dan setakat ini kita percaya suspek masih berada di daerah Gua Musang dan mengarahkan balai-balai terdekat supaya melakukan pemantauan,” katanya kepada media di sini.
Taufek berkata, pihaknya juga turut memohon kerjasama orang ramai yang