Paling Banyak Di Terjah Tau !!! Sila Gunakan Fire Fox Atau I E ..kalau Ada Malwira

Tuesday, April 5, 2016

Ditahan Selepas Video Kasari Isteri Viral

 

Segamat, 4 Apr: Seorang anggota polis yang bertugas di Felda Redong, Tenang di sini ditahan selepas video dia mengasari isterinya viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Konstabel yang berusia 30 tahun itu ditahan di tempat kerjanya di Pondok Polis Felda Redong kira-kira jam 4 petang semalam mengikut Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi, pihaknya menjalankan siasatan dan mendapat perintah reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

"Selain anggota polis itu, kami sudah merakam keterangan saksi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Setakat ini, punca mengapa anggota polis itu bertindak sedemikian masih belum diketahui.

Sebelum ini, viral di media sosial video terbabit yang merakamkan dua wanita dilihat menghampiri balai polis terbabit sebelum dikasari oleh suspek.
Post a Comment

Rumah Rehat Muslim

Rumah Rehat Muslim

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung