Nuffnang

Friday, May 6, 2016

Berita Kembara Musafir Hari ke 14 KMU..Kalay Mynmar - Imphal India

Hari ke 14 KMU
Kalay Myanmar - Imphal India
244 km
Kami bertolak dlm pkl 8.00 pagi Myanmar. Bertolak ke border Myanmar yg dikenali dgn nama Tamu. Sampai dlm pkl 10.45 pagi.Proses cop pasport di Imigresen & carnet di Kastam berjln lancar.. Ambil masa dlm 3 jam utk selesai semua proses.
Selepas itu.. dlm pkl 2 ptg.. kami masuk ke border India yg dikenali sbg Moreh. Kami kena ride ke lane kiri balik. Di Msia & Thailand..lane kiri. Myanmar lane kanan. Di India.. ride lane kiri balik. Waktu di India adalah 2 jam stgh lewat dr Msia. Maknanya .kalau di Msia pkl 2.30 ptg.. di India pkl 12 tgh hari.
Bermula dgn Kastam... urusan Carnet berjln dgn lancar. Lepas tu kami melalui military check.. Bag2 kami di check. Adoii..Kenalah buka bag yg tlh diikat. Lepas tu.kami ke Imigresen utk cop pasport. Basically..sy boleh category kan semua proses berjln lancar..tak ada masalah rumit spt yg digambarkan. Cuma kami tak sempat nak cari tpt mkn yg sesuai atau tpt nak masak yg sesuai & jg x sempat nak beli bekalan air.

Selepas selesai urusan dokumentasi..kami menuju ke Masjid di Pekan Moreh yg dikenali sbg Tamir E Millath Jamia Mosque utk solat Dzuhur & Asr. Mula2 cdg nak masak di masjid tersebut tp keadaan d sana jg kami dapati tak brp sesuai utk masak.
Kami di maklumkan oleh jemaah masjid bahawa sebelum sampai ke destinasi yg kami rancang nak tuju iaitu bandar Imphal..ada 1 pekan bernama Lilung yg mempunyai 1 markaz Islam yg besar & ada tpt mkn Muslim.
Jadi kami pun mula bergerak menuju ke Imphal selepas solat. Sepanjang perjalanan dr Moreh ke Imphal, kami melalui kawasan gunung sejauh lebih kurang 60km. Lepas tu..jlnnya dah start rata. Sebanyak 4 military post kami kena tahan utk di check . Semua berjln lancar tanpa sebarang masalah.
Tiba di Lilung agak lewat...Hampir senja.Sampai di Lilung..motor saya cuba ditahan oleh penduduk d sana. Mungkin depa excited tengok motor besar tp saya elak & teruskan ride saya. Saya jd tak selesa nak berhenti utk mkn di pekan tersebut & buat keputusan utk terus ke Imphal..cari hotel & masak di hotel. Utk ke Imphal dr Lilung hanya 7km.
Sebelum sampai ke Imphal.. ada 1 kawasan bernama Kakwa. Di situ..jln di blok oleh penduduk2 di situ & saya tlh ditahan & tak dibenarkan lalu. Ada yg memegang senapang, parang, kayu etc. Saya x brp faham bahasa yg di cakap..Cuma ..saya di arahkan patah balik & kalau saya nak lalu jg..dikhuatiri saya akan hadapi masalah.
Saya pun patah balik utk warning Hj Jihad & Hj Amin. Patah balik dlm 5 km..sy jumpa Hj Jihad & Amin & bg tau depa yg kami x boleh nak ke Imphal sbb jln di blok.
Kebetulan ada kumpulan polis berhampiran tpt saya tahan hj jihad & amin utk maklumkan masalah jln di blok. Saya tanya apa masalah. Polis maklumkan ada strike against kerajaan. Saya pun berbincang & mohon kami dieskot utk ke Imphal. Polis setuju eskot kami sampai clear kawasan strike tersebut. Kami tunggu Aswade sampai sebelum bergerak ke tpt strike tersebut. Sampai d sana..polis berbincang dgn ketua kumpulan strike tersebut yg awalnya suruh saya patah balik.atas alasan kami hanya tourist. Kami dibenarkan utk lalu kawasan yg di blok & polis eskot kami sehingga lepas dr kawasan strike. Kami dicadangkan utk menginap di 2 hotel..sama ada hotel Classics atau hotel Imphal atas faktor keselamatan motor sbb di hotel tersebut ada tpt parking utk kenderaan & jg faktor keselamatan kami.
Kami dapati di pekan Imphal..semua kedai ditutup sbb strike tersebut. Nasib kami baik sbb jumpa jg 1 kedai yg buka & ada jual sim card. Kami di maklumkan bahawa strike tersebut mgkin akan berlarutan selama 4 hari di seluruh negeri Manipur. Imphal adalah ibu negeri Maniphur. Kedai2 semua dijamgka ttutp esok.termasuk stesen minyak
Yg menjadi masalah skrg ialah esok.. Esok kami bercadang menuju ke Dimaphur. Mcm mana kami nak keluar dr Imphal @ negeri Manipur ini d sbbkan oleh strike ini. Faktorvkeselamatn kami. Dlm masa yg sama..stesen2 minyak jg d tutup di kawasan ini. Minyak yg kami isi di Myanmar hampir habis.
Allahu Akbar. Inilah antara cabaran yg harus kami hadapi setakat ini. Kami baru dpt jamah makanan hari ni yg d masak sebentar tadi di hotel. Air pun dpt minum beli dihotel saja. Doakan lah kami selamat, dpt teruskan perjalanan spt yg dirancang & segala urusan kami dipermudahkan olehNya. Aamiin















No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung