22nd day KMU
NFC Delhi - Karnal
141km
Setiap kembara pasti ada ujiannya masing2. Kami diuji mlm td dgn kerosakan motor hj amin & hj aswade. Motor hj amin settle masalah mlm td jg. Namun motor hj aswade tak dpt settle mlm td sbb ada spare part yg tak dpt dibeli sbb dah jauh mlm.
Saya menunggu call dr aswade mlm td tp rupa2nya dia naik tut tut @ bajaj ke hotel & sampai lebih kurang pkl 1 pagi di hotel.
Kedai motor hanya dibuka pd pkl 9 pagi.Lepas breakfast..aswade terus je tpt baiki motornya. Sambil menunggu motor aswade siap..kami sempat solat jumaat di masjid NFC Delhi. Apa yg menarik perhatian saya walaupun tak faham apa yg dikata ... hahaha... ialah lepas azan zuhur atau jumaat.. di adakan tazkirah & tazkirahnya agak panjang & lama..lebih kurang 45 minit. Lepas tazkirah, imam@ khatib duduk sebentar & baru mula khutbah. Khutbahnya amat pendek..dlm 10 minit saja.
Lepas solat jumaat ..kami mkn tgh hari di kedai mkn berdekatan dgn masjid. Beriani kambing lg boss. Aswade call masa sy tgh mkn & bg tau motornya dah ok & nak tukar tayar saja.Alhamdulillah... settle masalah motor. Kami suruh dia dtg mkn dulu. Lepas tu Mr Geet yg byk bantu kami di sini pula call kata nak dtg juga & join kami ride hari ni & mgkin juga esok ke border.
Lepas mkn Aswade p ambil motornya & sampai di hotel dlm pkl 3.30 ptg. Lepas packing brg.. dlm pkl 3.45 ptg.. baru kami gerak.
Memandangkan di India..pkl 6.30 ptg dah start gelap..kami decide utk ride dekat saja. Sbg penghormatan kpd Mr Geet yg bersusah payah membantu kami sepanjang di India..kami decide utk bermlm di bandarnya iaitu Karnal ..lebih kurang 141km perjalanan dr NFC Delhi.
Saya & Hj Amin sampai dulu di Bandar Karnal. Kami berhenti ditepi jln sementara menunggu yg lain sampai. Spt biasa..kami akan di kerumun sebaik saja berhenti. Penangan motor kami tlh menyebabkan trafik jam di Bandar Karnal td.. hu3.
Kami dibawa utk menginap di hotel Jewels . 1 bilik lepas nego 2500 rupee termasuk breakfast ..lebih kurang RM 77 seorg. Hotelnya selesa. Breakfast akan di bawa ke bilik Boss..Hahaha.
Mlm ni Mr Geet nak ajak dinner. Perkenalkan ayahnya & kwn2 nya. Kena rai lah org yg dah bantu kami selama ni walaupun badan letih.
Sekadar itu saja catatan kali ni. T.ksh kpd semua sahabat2 yg tak.jemu2 mendoakan kami. Semoga perjalanan kami seterusnya selamat & segala urusan dipermudahkan olehNya. Aamiin.
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PAS) Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membidas kenyataan ...
-
Bila tengok pasangan ini mengawan rasa gelinya...takut pun ada. Punyalah asyik mengawan sampai tidak menghiraukan orang ramai merakam aksi...
-
SADIS!!! Mayat Remaja Murtad Yang Tidak Diterima Bumi | Berikut merupakan kisah benar dan bukan rekaan semata-mata! Kisah (a) Dua...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Setiausaha Perhubungan PAS Selangor Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir. 24 Shares PAS Selangor menempelak kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Na...
-
Selain memperhebatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menangani kesusahan rakyat dengan menye...
-
Nga Kor Ming dalam wawancara dengan Astro Awani. Kerajaan Singapura bersetuju untuk meminjamkan pakar mereka bagi berkongsi pengalaman den...











No comments:
Post a Comment