Hari 40-42 KMU
Dubai
Dubai
Kami masih di Dubai menanti visa umrah Saudi kami. Alhamdulillah..semangat kami masih tak luntur. Kami tetap ingin & insyaaAllah akan completekan misi KMU ini dgn izin Allah.
Kami akan ke Konsul Saudi apabila mendgr saja berita mengenai Visa kami walaupun terpaksa berjemur diluar bangunan & tak dibenarkan masuk. Namun, setakat ini masih belum ada rezeki.
Alhamdulillah.. ada saja sahabat2 Malaysia yg menetap di Dubai yg mengajak kami keluar, ajak kami keluar makan & membantu kami.
Lepak Di Hadapan Kedutaan Saudi..more
Di Restauran
Kenangan D i Harley
Kenangan d Burg Khalifah
Baru rasa Selesa nak makan
Motor kami semua tlh siap diservis. Cuma kapcai Aswade saja tak ada mekanik yg mampu baikinya di Dubai. Motornya masih kena tarik. Di hrpkan ada mekanik yg mampu baiki motornya dlm perjalanan ke Saudi nanti.
Kami jg isi masa pergi ke HD, BMW Motorrad & lain2 tpt. Sejak semlm, kami tlh keluar hotel utk jimatkan kos. T.ksh byk2 kpd Encik Shahid atas kesudian memberi kami mendiami rumahnya sementara beliau pergi bercuti bersama keluarga di London. Bukan setakat itu, beliau juga bawa kami keluar mkn roti canai & bawa kami keluar melawat bandaraya Dubai keesokan harinya sebelum bertolak ke London.
T.ksh byk2 juga kpd Consul General Malaysia di Dubai Tuan Yubazlan yg sentiasa bantu kami follow up status visa, bawa kami keluar di Bandaraya Dubai ini & bantu kami bila ada masalah. T.ksh juga kpd Pok Nik & En Mushil iaitu pengerusi penduduk Msia Dubai yg belanja kami dinner mlm td.
Setakat ini catatan saya. Semoga kami mendpt visa umrah Saudi kami secepat mungkin. Aamiin.
No comments:
Post a Comment